Andai benar rasa itu, cukuplah ianya dikirimkan sebagai doa.
Biar Dia sahaja yang tahu.
Agar masing-masing tak terlena dalam kealpaan.
Agar masing-masing tak hilang dalam mencari redha-Nya.
Your browser doesn't support the features required by this theme, instead you're presented with a simplified version. You may view this blog by its archive.
For the best experience please use the latest version of Chrome, Firefox or Safari with javascript enabled.
More information and support can be found at Untitled Themes.
Andai benar rasa itu, cukuplah ianya dikirimkan sebagai doa.
Biar Dia sahaja yang tahu.
Agar masing-masing tak terlena dalam kealpaan.
Agar masing-masing tak hilang dalam mencari redha-Nya.
Bangun dari lena.
Gelap. Senyum sendiri tak siapa melihat. Hanya Dia.
Alhamdulillah masih bernafas.
Mari teruskan hidup.
Moga masalah semalam dapat diselesai.
Moga duka semalam hilang seperti hilangnya hari semalam.
Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Kau dengar cerita.
Kau baca cerita yang lebih kurang sama. Kau tonton cerita yang lebih kurang sama.
Dalam hati, tak mungkin untuk aku.
Tapi sekarang, Nah !
Baru sekarang kau tahu
Apa itu realiti. Apa itu imaginasi.
Apa itu hakiki.
Dongak ke awan biru. Tenang.
Tunduk ke lantai bumi. Syukur masih punya daya berpijak.
Toleh ke kanan. Masih ada yang menghulur salam.
Toleh ke kiri. Masih ada yang memberi senyuman.
Syukur.
Pusing ke belakang. Kelam jejak yang lepas.
Pejam mata. Tarik nafas dalam. Hembus perlahan.
Pandang depan. Aku nampak impian.
Terus melangkah.
Tinggalkan jejak kelam.
Jadi pedoman dalam diri.
Menuju pelangi.